Pelawak terkemuka, Trevor Noah mengumumkan pengundurannya daripada The Daily Show, tujuh tahun sejak mengacarakan rancangan itu.<br /><br />Dalam pengumumannya pada lewat malam Khamis, Noah memberitahu sudah tiba masanya beliau mengundur diri dan ingin menerokai perkara baharu dalam kehidupan, selain mahu mendedikasikan lebih masa dalam bidang stand-up comedy (komedi di hadapan penonton).